Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Syafaatmu menanti di sana
(Di akhirat kita kan bersua)
Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biarpun perit pedih terseksa
Kerana umat kau tempuhi jua
Wahai Rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi
Wahai Rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu penawar hiba
Di hati kami kaulah segalanya
Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas kekasih kami Rasullulah SAW dan keatas keluarga Baginda SAW...
SAJ Berselawat 16 Feb 2012