Saturday, February 5, 2011

ada apa denganmu?

7.29am Jalan Skudai, approaching highway PLUS.
next destination, Stesyen Keretapi Kluang... yeeayyy!!!

pergi la mana-mana Kluang Rail Coffee, i.e: OU / Tesco Ampang, takkan sama dengan outlet yang kat kantin KTM Kluang! atmosphere dia tak sama. kat kantin ni ala-ala zaman dulo-dulo. takde fancies food macam chicken chops, laksa tu semua. yang ada roti atau bun bakar, steamed, pau sambal, nasi lemak, mee siam, mee, karipap, half boiled eggs, dan pulut panggang. iye... dan juga minuman kopitiam!
harga sangat le berpatutan (harga macam kat kantin kolej). tak bole baca? sila carik kanta.


budak ensem yang buat kopi sedap! kawan petito pernah bagi serbuk kopi yang ada dijual tu, tapi buat sendiri tak sesedap expert yang buat. morale of story, just head to this canteen and enjoy!


steamed wholemeal bun + kopi c adalah combination yang sangat marvellous kumbang okeyh!


we settled 17 bungkus! satu bungkus ada la dalam 3-4 sudu. sedap!
(70 sen je sebungkus)

kami terpaksa tunggu trip bakul yang ketiga sampai, baru dapat makan ni. lumayan bisnes nasi lemak kat railway ni. bayangkan kalo makcik tu jual 800 bungkus sehari kat kantin ni. 800 x 50 sen (andaikan dia jual harga ni) x 26 hari. tak payah keje gohmen! hikksss....

IHR sesaje sembang dengan pakcik ni sewaktu petito sedang photoshoot (ceyh!). kesian pakcik taxi driver ni. menunggu penumpang tak sampai-sampai. mungkin sebab banjir, banyak route yang tergendala. katanya beginilah cari rezeki menunggu Keretapi Tak-tentu Masa! huhuhu... jangan marah petito haaa!!! acronym tu pakcik ni yang beri!