Sunday, December 26, 2010

hanya satu pintaku..

hanya satu pintaku
untuk memandang langit biru
dalam dakap seorang ibu
hanya satu pintaku
untuk bercanda dan tertawa
dalam dakapan seorang ayah
apabila ini
hanya sebuah mimpi
ku selalu berharap
dan tak pernah terbangun
hanya satu pintaku
untuk memandang langit biru
di pangkuan ayah dan ibu
(dalam dakapan ayah dan ibu)
bangun pagi tadi, tengok birbir tengah tidur lagi. bila dia bangun nanti, mummy dan ayahnya still around to play with him.
bagaimana agaknya rasa budak-budak sebaya dia apabila bangun pagi... takde mak, takde ayah? rupa-rupanya mereka di Rumah Anak-Anak Yatim.
tiada sarapan mewah. mereka tak tahu apa itu toys 'r' us. mereka tak boleh compute dalam fikiran apa itu theme park, flights, apa lagi vacation? strange terminology!
lihatlah mereka di sini. mereka memerlukan 'mak, mummy, ayah, babah...'
sementara kita punya waktu.
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki atau perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatkan gandakan (pembayaran) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak (QS 57:18)

Tuesday, December 14, 2010

dear my love

date: 14 December 2004
venue: board meeting room Syarikat Amal Jariah
time: 10.30am



"buzz.... buzz... buzz" handphone petito on vibration mode. caller ID: home sweet home. mak call!
alamak! macamana nak jawab? CEO tengah cakap. kejap lagi le call balik. habis meeting ni.
meeting adjourned. owh! ada site visit.
date: same day
venue: boss' room
time: approximately 5.30 pm
update progress blablabla...
reminder: habis discussion must call mak!
handphone bunyi. caller ID: no telefon jiran kat pilahdelphia.
"dik, mak kau pengsan. kita dah antar hospital..."
"bos, excuse me.... ada urgent call"
handphone bunyi lagi....
"dik, mak kau dah takde............................................"
huh????
mak.... i should have picked up your call! i should have returned to your call!
i will never get to listen to her voice anymore. when she wanted to talk to me at her very last hours, i was not there..... big regret in my life!

video

video credit to: donslyde1

today is her 6th years. i am down with fever, miss her so much! she left us peacefully, quietly. sudden death (not sudden actually), it was written on Lo Mahfuz. on that day, we were busy with our daily activities, working! meeting! just to make other people richer.
i keep this sorrow for years. i do not have the courage to attach to any organisations anymore except on our own. own time, at our pleasure, but we never know what future brings. we are not rich, but i can't afford to see my loved ones leaving us, while we are busy making money for others!
dear mak,
good bye love, hope we will meet again in Jannah (amin). semoga kuburmu sentiasa terang dan lapang. semoga Dia mengasihimu sepertimana mak mengasihiku ketika kecil. jika ada amal kebajikan yang ku lakukan, jadikanlah ia semua pembuka jalan untukmu ke Syurga, mak... Al-Fatihah.

Monday, December 13, 2010

peek a boo!

fav spot!



"mummy.... cari birbir!!!"

jawapan:

a. you're behind the curtain!

b. maner birbir ye?

c. birbir is in the bathroom!

d. stop playing, son!


petito pun hairan, macamana boleh mula games ni? kadang-kadang tu dia menyorok belakang pintu almari. dah tentu le pintu tu tak boleh nak tutup rapat kan. pastu minta petito cari, tapi kalo jawab "alah... birbir belakang pintu", terus dia merajuk plak... "i don't want to play anymore!"
rasanya zaman petito kecik-kecik dulu pun dah main peek a boo, baa chakk, umm chakk. anak-anak kecil ni memang suka main nyorok-nyorok, kan? seluruh dunia, anak-anak kecil / kanak-kanak suka main hide and seek, peek a boo ke, cilumba, apa je namanye. cuma sekarang baru tersedar apa maknanya... adakah???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku mahu dikenali, lalu Aku ciptakan makhluk supaya Aku dikenali" Hadis Qudsi
mungkin sebab itu anak-anak kecil kita tu dipanggil little caliph. mungkin Dia menghantar khidmat pesanan ringkas melalui anak-anak kecil ni? supaya kita mencari... wallahualam.
"Dan perumpamaan itu Kami buat untuk manusia, tidak ada yang memahami kecuali mereka berilmu" QS 29:43
"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (keturunannya) dari tulang sulbi (belakang) mereka, dan Allah mengambil kesaksian roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku Tuhanmu?". Mereka semua menjawab; "Betul (Engkau Tuhan kami). kami menjadi saksi". Yang demikian kamu tidak akan berkata pada hari kiamat kelak, "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. QS 7:172
jom kita terus mencari, sementara stok masih ada!

Friday, December 10, 2010

love and more love...

DEBU is an American Muslims Community living in Indonesia consists of siblings, parents, daughters, sons, half-brothers, half-sisters, husbands and wives.
if you wonder why men and women are mixed

Thursday, December 9, 2010

mumpung jembar kalangane...


video credit to: sayfuel165


lihat dosaku

dosa sebesar-besarnya

bagai tak dapat Kau ampuni

meski telah memohon padaMu

sujud padaMu

sujud sebenar-benarnya

agar cahaya menyinari

gelap relung hatiku

taubat...

sebelum terlambat

agar kelak kita kan mendapat ampunanNya

taubat

padaMu Sang Penyayang

padaMu Sang Kuasa

Allah...


dear son,

forgive me. i hurt you big time!
please give me chance to mend your broken heart.

dear Khaliq,

please accept my taubat...

Wednesday, December 1, 2010

sumpah tak tipu!

masa: kira-kira 17 tahun yang lepas
lokasi: jalan tunku abd rahman

hari ini: selepas 17 tahun
lokasi: di tempat yang sama
brader yang sama


kebab rasa yang sama macam 17 tahun lepas! less is more sexy, no mayonnaise bagai


sumpah, sedap!!! sekarang dah upgrade pita kebab


17 tahun okeyh, dapat maintain rasa yang sama.

Monday, November 29, 2010

ruined

ehsan achik gugel
penantian satu siksa yang tidak tertanggung
oleh tubuhku yang kering (read: debab) dan layu (read: bengang)
kepastian suatu penawar (owh please!)
dalam suka dan duka
yang meniti hidupku (petito pun perlu hidup juga, okeyh!)
kalo ada rezeki tak kemana, petito

Sunday, November 28, 2010

Saturday, November 27, 2010

doaku...

sila on video, untuk impak maksima :))
video credit to: asrull81


bismmillah ya Rahmaanu ya Rahim bismillah
bismillah ya Fattahu ya Halim bismillah
ya Allah ya mannaanu ya Karim ya Allah
ya Allah ya mannaanu ya Karim ya Allah
bismillah bismillah bismillah

ya Rabbi sudilah pandang kami
terangi jalan gelap ini
jangan biarkan aku terus sendiri
mencari, mendaki dan berduri

ya Rabbi dengarlah doaku ya Rabbi
hadirlah dalam kehidupan dan kematian kami
cuba dan uji kan kulalui
ya Allah, ya Rahman, ya Rahim...
(doaku by haddad alwi & padi)


dua minggu berturut-turut petito mendapat khabar kematian. dua minggu lepas, jiran mertua petito meninggal dunia. baru berusia 39 tahun. tengah malam jumaat kelmarin, bapa kepada team player kami kembali ke rahmatullah. pagi ini, adik kepada sahabat petito pula meninggal dunia pada usia 21 tahun.

bilakah agaknya giliran petito? macamana agaknya saat petito menghembuskan nafas terakhir? moga sempat menyebut kalimah la illaha illallah... (amin).

bagaimana dengan anak-anak yang petito tinggalkan? siapakah yang akan menjaga mereka yang masih kecik lagi jika petito dan IHR dah takde lagi? semoga mereka sentiasa mendoakan kami, supaya kubur kami terang dan lapang... tolong jaga anak-anak yang kami tinggalkan.



dapatkah petito bertemu kembali abah, mak, mertua, adik beradik, IHR dan anak-anak petito di akhirat nanti? apakah amalan yang petito lakukan ini cukup untuk menghantar petito ke syurga?


mungkin di padang masyhar nanti, petito tercari-cari kekasih Allah itu untuk memohon ehsan syafaatnya. bagaimana nanti jika baginda bertanya kepada petito, "apakah yang telah kamu lakukan untuk agamamu sehingga kamu layak untuk mendapat syafaat ku?" apa yang telah petito lakukan yang membuatkan petito layak mendapat syafaatnya?

keciknya rasa bila rasa kematian sangat hampir. mati itu pasti, petito!

apabila semua orang telah meninggalkan kubur petito nanti, maka malaikat akan datang untuk menyoal petito. bagaimana agaknya nanti? sunyikah petito di alam barzakh? berapa lama agaknya petito kat dalam tu sehingga kiamat?

jika ada sahabat yang pernah berkecil hati dengan petito, maafkanlah... jika ada kata yang mengguris, hapuskanlah.. lepaskanlah sekarang, ketika petito masih bernyawa lagi. supaya nanti petito boleh kembali kepadaNya dengan tenang. jangan nanti segala amal yang dilakukan dihisab sebagai debu sahaja kerana ada yang tidak selesai ketika di dunia.
petito ikhlas, memaafkan semuanya. melupakan semuanya. biarlah menjadi amal soleh yang dapat menghantar petito ke syurga. jika ada kebaikan yang dilakukan, jadikanlah sebagai penebus dosa-dosa mak, abah dan keluarga. petito ingin bertemu dengan Pencipta yang Maha Pengasih dan Penyayang itu. petito ingin bertemu dengan kekasihNya yang telah membawa agama yang cukup indah ini. kerana kasih sayangnya lah petito mengenal Pencipta. petito tak pernah dipukul, dihalau atau dihina kerana agama ini. petito tak pernah melalui apa yang baginda lalui supaya agama ini dapat dipertahankan hingga kini. petito rindu padanya.
catatlah, kami pernah memuliakannya... catatlah kami ingin terus berselawat keatasnya. catatlah kami berjanji untuk menyambung perjuangannya supaya anak-cucu dan keturunan kami masih berpegang dengan agama ini. owh! selfish di situ. hanya memikirkan keturunan sendiri.
redhailah kami...

Thursday, November 25, 2010

motto tak bole blah!

weekend activities selalunya petito di jb. finally kami akan balik jb for good bulan disember, insyaallah. owh! dapur petito di jb hampir 2 tahun tak berasap. kalo ada pun, cuma masak nasi birbir, goreng ayam dan goreng maggi. selebihnya masak kat kedai je.


last week, pergi makan lagi kat benafee village sebab IHR nak makan ayam penyet. rasanya kat jb yang okay ayam penyet, kat lc katering dan benafee village (sama dengan restoran benafee yang lama depan new york hotel tu). ayam penyet kat benafee antara penyewa stall concept di situ.


insiden yang tak bole lupa kat situ, jubah petito terselak sikit tanpa disedari, nampak separuh keting, lalu kakak owner restoran tu datang tegur petito (terima kasih!), tapi sayang, kenapa tak tegur anak sedaranya yang retis tu??


motto tak bole blah!

kaki lima jual barbican rm3.50 je, okeyh


nampak sangat mottonya plagiat dari restoran seberang
rasa agak pelik
asam pedas

makan ala kadar sebab dah terpilih menu ni. so-so je, sedap lagi kuah asam pedas brahim (ada unsur-unsur bias di situ... opppss).

pernah makan berdua dengan IHR, menu nagi goreng, petito try chilli crab seekor je, air dua, dan bilnya...



harga kali lima la sangat!! kalo sedap sangat macam 5 bintang tak pe juga. kalo bintang 3 masih ada lagi, belum tentu diaorang nak makan kat sini!

Monday, November 22, 2010

cerita bergambar

E22


dah 1o tahun rasanya travel jb-kl. petito pernah melalui beberapa insiden kat highway PLUS. cermin keta tetiba pecah kat senai utara, tayar pecah kat tangkak dan paling sadis drive shaft patah... pun kat tangkak.



kalo keta tetiba breakdown, drive to nearest km yang korang bole baca dan tepon PLUS Helpline 1800 88 0000. bagitau lokasi keta korang breakdown. save le number dalam handphone, buatnya kalo korang pakai smart tag, nak carik kat maner number tu?

owh! S.O.S booth kan ada! tapi kalo next booth tu lagi 500m away dan di malan gelap gulita, sanggup ke ko nak jalan kaki memalam tepi highway??



selalunya bila dah bagitau PLUS ronda, diaorang akan datang dalam masa 15-30 minit, bergantung lokasi. lagi dekat dengan exit toll, lagi cepat diaorang sampai.

kalo drive shaft patah, tak bole dah nak towing normal tu. kena pakai carrier. PLUS takde servis (carrier) ni. kalo servis towing by PLUS, mereka akan tow ke exit yang terdekat. dia (PLUS ronda) akan tunggu sampai tow truck tu sampai, bole tanya mereka no telepon tow truck. yang ni reliable, insyaallah. don't ever engage service tow truck 'ulat' kat highway tu. petito request tow truck ni hantar sampai jb walaupun workshop dia kat tangkak.

baik bawak ke tempat/workshop yang korang familiar. walaupun towing ke tangkak dekat tapi ko kena overnite kat sana. ko tak biasa dengan workshop tu. buatnya nak siap 2-3 hari, tak pasal tersadai kat situ sesaje, kannn...



kalo kes ni, kawan petito kata dah macam dalam fear factor...

korang ingat keta baru je ke bole camni???



morale of the story, always keep the important numbers. bila-bila korang kat highway, take note emergency numbers mereka. jangan plak korang ikut E22 (senai-desaru-highway) tapi call PLUS helpline!



sekian laporan bergambar untuk hari ini.















Friday, November 19, 2010

jumaat

plan nak buat kat bilik korang ye??
tekstur yang kenyal



taadddaa... shantekkk, kan??


zaman sekarang dah takyah nak pakai wallpaper ke 3D wallpaper. hasil kerastangan guna decomy. sejenis coloured cotton macam sand blasting. boleh buat design ikut suka je dan bole d.i.y. ni samples kat showroom JB.

kalo rasa nak travel yurop tiap-tiap bulan, bak kata tij, bole la buat gambar eiffel tower. hari-hari ko bole ngadap yurop!!


Thursday, November 18, 2010

pengorbanan



ni je lauk raya malam tadi. kakak petito 3 beranak turut serta melapah ketam, rendang daging, pulut kuning, sambal udang, cheese cake dan tomyam spaghetti.
anak sedara kesayangan petito terpaksa menarik diri di saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. maka dengan itu, makanan untuknya telah dikorbankan oleh pihak ketiga.
kalau nak datang arini, kita sembelih ikan bilis je la ye??

disclaimer: tajuk di atas tiada kena-mengena dengan hidup dan mati. kami tiada kaitan dengan sesiapa yang terkorban okeyh.




Monday, November 15, 2010

haaaaaachoooooyyymmm!!!

gambar ehsan aunty gugel

adoiiiiii.... banyaknya sawang nak kena kemas!!!

takpe, esok kakak cleaner datang. petito nak minta tolong dia kemaskan skali blog nih!

tadddaaaa :)

Thursday, January 28, 2010

lotta luv~

thank you for being with me through good and trying time.
thank you for always there when no one cares 'bout me.
thank you for understanding.

thank you...