sila on video, untuk impak maksima :))
video credit to: asrull81
bismmillah ya Rahmaanu ya Rahim bismillah
bismillah ya Fattahu ya Halim bismillah
ya Allah ya mannaanu ya Karim ya Allah
ya Allah ya mannaanu ya Karim ya Allah
bismillah bismillah bismillah
ya Rabbi sudilah pandang kami
terangi jalan gelap ini
jangan biarkan aku terus sendiri
mencari, mendaki dan berduri
ya Rabbi dengarlah doaku ya Rabbi
hadirlah dalam kehidupan dan kematian kami
cuba dan uji kan kulalui
ya Allah, ya Rahman, ya Rahim...
(doaku by haddad alwi & padi)
dua minggu berturut-turut petito mendapat khabar kematian. dua minggu lepas, jiran mertua petito meninggal dunia. baru berusia 39 tahun. tengah malam jumaat kelmarin, bapa kepada team player kami kembali ke rahmatullah. pagi ini, adik kepada sahabat petito pula meninggal dunia pada usia 21 tahun.
bilakah agaknya giliran petito? macamana agaknya saat petito menghembuskan nafas terakhir? moga sempat menyebut kalimah la illaha illallah... (amin).
bagaimana dengan anak-anak yang petito tinggalkan? siapakah yang akan menjaga mereka yang masih kecik lagi jika petito dan IHR dah takde lagi? semoga mereka sentiasa mendoakan kami, supaya kubur kami terang dan lapang... tolong jaga anak-anak yang kami tinggalkan.
dapatkah petito bertemu kembali abah, mak, mertua, adik beradik, IHR dan anak-anak petito di akhirat nanti? apakah amalan yang petito lakukan ini cukup untuk menghantar petito ke syurga?
mungkin di padang masyhar nanti, petito tercari-cari kekasih Allah itu untuk memohon ehsan syafaatnya. bagaimana nanti jika baginda bertanya kepada petito, "apakah yang telah kamu lakukan untuk agamamu sehingga kamu layak untuk mendapat syafaat ku?" apa yang telah petito lakukan yang membuatkan petito layak mendapat syafaatnya?
keciknya rasa bila rasa kematian sangat hampir. mati itu pasti, petito!
apabila semua orang telah meninggalkan kubur petito nanti, maka malaikat akan datang untuk menyoal petito. bagaimana agaknya nanti? sunyikah petito di alam barzakh? berapa lama agaknya petito kat dalam tu sehingga kiamat?
jika ada sahabat yang pernah berkecil hati dengan petito, maafkanlah... jika ada kata yang mengguris, hapuskanlah.. lepaskanlah sekarang, ketika petito masih bernyawa lagi. supaya nanti petito boleh kembali kepadaNya dengan tenang. jangan nanti segala amal yang dilakukan dihisab sebagai debu sahaja kerana ada yang tidak selesai ketika di dunia.
petito ikhlas, memaafkan semuanya. melupakan semuanya. biarlah menjadi amal soleh yang dapat menghantar petito ke syurga. jika ada kebaikan yang dilakukan, jadikanlah sebagai penebus dosa-dosa mak, abah dan keluarga. petito ingin bertemu dengan Pencipta yang Maha Pengasih dan Penyayang itu. petito ingin bertemu dengan kekasihNya yang telah membawa agama yang cukup indah ini. kerana kasih sayangnya lah petito mengenal Pencipta. petito tak pernah dipukul, dihalau atau dihina kerana agama ini. petito tak pernah melalui apa yang baginda lalui supaya agama ini dapat dipertahankan hingga kini. petito rindu padanya.
catatlah, kami pernah memuliakannya... catatlah kami ingin terus berselawat keatasnya. catatlah kami berjanji untuk menyambung perjuangannya supaya anak-cucu dan keturunan kami masih berpegang dengan agama ini. owh! selfish di situ. hanya memikirkan keturunan sendiri.
redhailah kami...
2 comments:
huwaaa. sesamo la kito bermaaf2an yo petito. 0-0. kok den ado terkutuk ko tem kito skolah maghin. ado raso eh. sbb den jaki tem tu. kau ado beskal resing, den ado bmx yo. huwwaaaaaa...
0-0 huwwaaaaa... beskal tu pun dah kono curik! huwwaaaaaa berganda!
Post a Comment