"mummy.... cari birbir!!!"
jawapan:
a. you're behind the curtain!
b. maner birbir ye?
c. birbir is in the bathroom!
d. stop playing, son!
petito pun hairan, macamana boleh mula games ni? kadang-kadang tu dia menyorok belakang pintu almari. dah tentu le pintu tu tak boleh nak tutup rapat kan. pastu minta petito cari, tapi kalo jawab "alah... birbir belakang pintu", terus dia merajuk plak... "i don't want to play anymore!"
rasanya zaman petito kecik-kecik dulu pun dah main peek a boo, baa chakk, umm chakk. anak-anak kecil ni memang suka main nyorok-nyorok, kan? seluruh dunia, anak-anak kecil / kanak-kanak suka main hide and seek, peek a boo ke, cilumba, apa je namanye. cuma sekarang baru tersedar apa maknanya... adakah???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku mahu dikenali, lalu Aku ciptakan makhluk supaya Aku dikenali" Hadis Qudsi
mungkin sebab itu anak-anak kecil kita tu dipanggil little caliph. mungkin Dia menghantar khidmat pesanan ringkas melalui anak-anak kecil ni? supaya kita mencari... wallahualam.
"Dan perumpamaan itu Kami buat untuk manusia, tidak ada yang memahami kecuali mereka berilmu" QS 29:43
"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (keturunannya) dari tulang sulbi (belakang) mereka, dan Allah mengambil kesaksian roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku Tuhanmu?". Mereka semua menjawab; "Betul (Engkau Tuhan kami). kami menjadi saksi". Yang demikian kamu tidak akan berkata pada hari kiamat kelak, "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. QS 7:172
jom kita terus mencari, sementara stok masih ada!
No comments:
Post a Comment