baru-baru ni orang asyik cakap pasal boikot produk USA... boikot produk daripada co. yang ada kena-mengena dengan Israel...
so petito bole buat alasan kenapa tak update n3... sebab laptop petito IBM dan guna Microsoft... nanti apa pulak orang kata.. petito masih guna produk orang USA??? kat laptop pun ada sticker intel inside - idiot outside... macamana???
ticer pun pernah bagitau dalam n3 dia, jangan pegi tesco (referring to ampang's), boikot tesco, pegi pasar malam kampung pandan je... tapi ticer, semalam rabu... pasar malam kat kampung pandan takde, jadi kami pun pegi tesco... kali ni je, okeyh...
kejadian yang diiringi oleh gerimis selepas itu...aargghh
itu la, boikot tak sungguh2 kan... Tuhan marah tau! pegi tesco lagi, haaa pegi la... pegi3.
malam tu, 2 buah keta (termasuk keta petito) kena pecah okeyh, dan bila buat report kat balai polis taman dagang, polis tu kata sekurang-kurangnya dalam sebulan 3-4 kali kes pecah keta kat tesco ampang. but luckily, pada malam kejadian itu (
mind my language okay... ;=)) ), IHR bole plak terlupa nak bawak balik
tablet pc...
alhamdullillah takde apa yang hilang dalam keta.
to those yang nak pi tesco ampang, nasihat percuma petito:
sediakan payung sebelum pegi tesco... takut kalo cermin keta kena pecah waktu hujan (
takmo doakan yang ni), abis seat keta korang basah okeyh! ;=))