Monday, March 30, 2009

ikut kesesuaian ayat...

"ko nak balik tak?"

"ni tengah pikir..."

"apahal nak pikir-pikir? apa yang ko tak sempat beli???"

"ada satu tu... eermmm"

"branded?"

"ha'ah"

"tajuk???"

"...eeerrrmmm...."

"lu pehal beb? brand apa yang susah sangat nak sebut?"

"...eerrr... kikilala!"

"ceeehhh!!!... basket rotan lu!!!!"


kisah benar; nyaris tertinggal bas udara

kaki yang kuat melalak

Saturday, March 21, 2009

blood red rose...

sakit rasanya backstabbed, kan?

korang pernah rasa kena backstabbed? apa perasaan korang?

tidak ramai yang menyedari di kala ini ada mata sedang melihat, ada telinga sedang mendengar dan ada suara yang sedang membisik kepada kita... "sabarlah wahai hambaku, sabarlah dengan dugaan yang Ku berikan ini sebagai Aku amat menyayangimu. bersabarlah hambaKu... bertahanlah kerana Aku ingin meninggikan darjatmu agar kau beroleh kejayaan yang akan Ku kurniakan kepadamu sebagaimana janjiKu..." 'setelah kesulitan di hujungnya ada kejayaan' (surah al-insyirah 5-6).

Aku melihat kesedihanmu dan mendengar rintihanmu. Aku beri dugaan ini mengikut kemampuanmu. Aku Yang Maha Adil tidak pernah menzalimi dirimu... sabarlah, bertahanlah kerana apa yang Aku akan beri kelak adalah jauh lebih baik dari apa yang kau pinta. bersabarlah kerana setiap detik kesabaranmu akan Ku balas dengan ganjaran yang jauh lebih besar dari langit dan bumi ini. Ingatlah Aku Maha Pengasih lagi Maha Penyayang berjuta kali lebih penyayang dari ibu yang pernah menyusukanmu. yakinlah pertolonganKu sangat dekat, lebih dekat dari urat nadi di lehermu. berdoalah kepadaKu....

terima kasih kepada cikgu petito yang mengirimkan untaian mutiara ini

Sunday, March 15, 2009

...

berus gigi : ada
ubat gigi: ada
facewash: ada
air suam: ada
stokin: ada
aircond: ada
IHR: nan ado...





on your mark. get set...
go to sleep!


nite3 everyone

Friday, March 13, 2009

kisah duka...

kisah seorang anak lelaki yang duka nestapa kerana ayahnya sudah mengamuk. anak ini telah diberi peluang belajar di UK untuk mendapatkan degree. dah lebih 15 tahun kat UK , tapi tak pernah lulus dalam setiap exam. diulangi... 15 tahun okeyh (ko buek doctorate ko apo ni jang? lamo bona plak)
ayahnya sudah bengang kerana menangggung kos yang terlalu tinggi dan membuat keputusan untuk menyuruh anaknya pulang ke tanahair.
sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, ayahnya diam sahaja (sapo tak marah, kalo duit biasiswa, dah lamo ko kono kick jang...)
sang anak, cuba menceriakan keadaan yang sepi itu. dengan harapan ayahnya akan bersembang-sembang.
"ayah, tau tak kat UK sekarang ada teknologi maju giler"
"eemmm..."
"kat sana, nak buat sosej, sembelih je kepala lembu, buang kulit, masuk ke lembu dalam mesin, dah jadi sosej"
ayahnya mengangguk-anggukkkan kepala.
"itu teknologi lapuk. kat malaysia ni, 35 tahun lepas dah ada teknologi lebih advance. masuk je sosej, keluar lembu. MENYUSAHKAN PLAK TU!!!"

adaptasi daripada e-mail/ internet. sekian kisah duka ujang. terima kasih

Thursday, March 12, 2009

chenta...

mejaku mejamu jua, eh?

"... ni untuk birbir"
"oh! iye ke? tapi apa yang dia tahu model kereta ni semua?"
"tahu le tu..."
"tapi semalam kat toys r' us birbir tak cakap pun nak toys ni"
"ehhh... eerrr.... isk isk isk, ada...ada"
"ooo... kalau camtu saya pun nak toy juga, bole?"

"bole3. awak nak ape?"

"nak toy ni haaa... size 1:1 okeyh!"

got ya again!

Tuesday, March 10, 2009

me spiki no java...

oh! ada orang tanya petito johore-born ke? loorrrhhh... selama ni petito ado tulih jawo ko kek n3 petito, mmbbboongg??? (panggilan manja orang n9, macam sayang, intan...)

itu n3 pasal nasi rawon dan kacang pool. kalo esok lusa petito buek n3 nasi ambang ko, air kathira ko, mee rebus ko, otak-otak kempas ko, mee bandung ko... nanti korang tanyo petito asal seluyut ke? oh! itu tak mengapa... asal korang jangan tanya petito asal dari felda taib andak, kulai ke??? tidakk!!!
petito pun heran apasal petito dah macam synchronize ngan jawa... kalo buleh, tiap-tiap minggu nak balik jb. macam la jb tu kampung halaman den, kan. itu kira ok, tapi sindrom yang paling teruk; tiap-tiap bulan nak minum air avocado dan makan kat bandung! padahal kat bandung tu takde pun jual mee bandung mahupun sirap bandung! yang ada ni je.

satu peket strawberry tu lebih kurang rm0.99sen je, tij, kek indon ado susu pekat coklet okeyh...

haahhh... takde rotan, akar pun berguna. ala-ala fondue theobroma ;=))

kek philadelphia blom ado goreng pisang dengan cheese, susu mo coklet rice

oh! sangat comel baby-baby itu

kalo paneh ati petito cadang minum air ni haaaa... confirm tak mabuk ;=))

tapi kekadang petito teringatkan gulai daging salai. kalo la bole nyalai daging depan rumah petito ni, alangkah bahagianya. kalo nyalai nanti petito kena dakwa plak; pembakaran terbuka katanya. habih, apo petito nak buek???

me spiki no java!

Monday, March 9, 2009

melang-cholic itu petito...


bukan..., bukan petito orang yang layak menceritakan sirah Rasullullah SAW. mereka yang lebih layak; saidina hamzah, umar, abu bakar dan para sahabat yang lain. merekalah orang-orang yang sentiasa mendampingi kekasih Allah ini ketika suka mahupun duka.

arini, petito cuma mengulangi semula kisah yang telah tertulis berabad lalu. alangkah bahagianya hidup petito dan berbillion muslim di dunia ini, diizinkan oleh-NYA untuk bertemu dengan kekasih Allah walau cuma sekadar di dalam mimpi.

Nabi Muhammad SAW, seorang manusia yang penuh dengan cinta, insan paling ideal dalam mewujudkan cinta, mengucapkan terima kasih, meminta maaf dan memaafkan. baginda sangat mencintai manusia yang menghidupkan sunnahnya. cintanya pada sahabat mendorong pengorbanan baginda di Perang Uhud dan banyak lagi. baginda tidak pernah merasa hina, merendahkan diri bagi mengungkapkan kata-kata mulia tersebut; terima kasih dan kata maaf.
antara kisah yang membuatkan petito breakdown;

kisah satu:
apabila baginda berkumpul dengan para sahabat, dan ketika itu baginda sedang tenat;

"wahai sahabatku, aku memohon maaf dan minta dibalas jika ada di antara kalian yang pernah aku sakiti.."

para sahabat terdiam dan tertunduk. tiba-tiba ukasah yang duduk di barisan belakang, berdiri.

"aku, ya rasullullah! cemetimu pernah mengenai belakangku ketika dalam peperangan. ketika itu aku tidak memakai pakaian atasku"

umar terus bangun sambil menggenggam pedangnya.

"ukasah!!! apa yang kau katakan ini??? ini pedangku ukasah!!! mana mungkin aku biarkan kau membalas sakit hatimu kepada rasulullulah"

"umar, duduklah. biarkan ukasah membalas sakit hatinya, supaya nanti aku tidak berhutang apa-apa kepadanya" lalu nabi muhammad meminta aisyah mengambil cemetinya supaya diberikan kepada ukasah.

Nabi Muhammad SAW menanggalkan pakaian atasnya supaya ukasah akan memukul sepertimana yang dirasainya ketika tanpa pakaian atasnya. para sahabat menangis, mereka tidak sanggup melihat tubuh yang lemah itu dijamah oleh cemeti ukasah.

umar bangun sekali lagi.

"ya rasullullah, izinkan aku mengambil tempatmu. biarlah ukasah memukulku dengan cemeti itu"
"tidak, umar"

lalu ukasah bangun dan berjalan dengan pantas ke arah rasullullah sambil mengangkat cemetinya. apabila dia berada tepat depan rasullullah, lalu dicampaknya cemeti dan memeluk rasullullah yang lemah di depannya dengan erat dan penuh kasih sayang. mereka menangis.
"mana mungkin aku menyakitimu, ya rasulullah. aku cuma rindu dan ingin memelukmu sebelum kau pergi meninggalkan kami semua..."

ketika di akhir hayatnya, sewaktu baginda semakin lemah dan nazak, mulutnya berkata-kata sesuatu. aisyah yang memangkunya merapatkan telinganya ke bibir rasullullah.

"ummati...ummati...ummati..."

la illa ha illallah... innallilahi wa inna lillahi rojiun.

rasullullah telah kembali ke rahmatullah. pergi meninggalkan kita semua. di akhir hayatnya, rasullullah tidak memanggil isterinya, anaknya atau keluarganya. rasullullah cuma menyebut ummatku. rasullullah amat mengkhuatiri ummatnya, rasullullah mengkhuatirimu, rasullullah mengkhuatiri kita semua!!!
kisah dua:

ketika baginda sedang berehat bersama-sama sahabat.

"sahabatku, tahukah kau siapakah manusia yang paling mulia di sisi Allah?"

"para malaikat, ya rasullullah"

"benar, malaikat adalah makhluk yang mulia di sisi Allah tapi malaikat bukan manusia"

"kalau begitu, kamilah ya rasullullah. para sahabatmu.."

"benar, kamu semua mulia di sisi Allah, tetapi manusia yang paling mulia di sisi Allah; adalah umatku yang bertakwa dan hidup selepas aku wafat. mereka tidak pernah melihat dan mendengar suaraku tetapi mereka sentiasa mengikuti ajaran al-quran. mereka sentiasa merinduiku.."

para sahabat mengangguk.

kitakah yang dimaksudkan oleh baginda rasullullah??? ummat di akhir zaman yang tidak pernah melihat atau mendengar suaranya?

maafkan kami, ya rasullullah. kami sering mengabaikan al-quran dan sunnahmu. kau begitu agung, kau amat mencintai kami walaupun kami tidak sehebat para sahabatmu.

kau tidak pernah melihat kami berjanji setia kepadamu sepertimana yang pernah diucapkan oleh para sahabat di hadapanmu. kami tidak berjuang bersungguh-sungguh, apatah lagi seperti saidina hamzah yang rebah dengan keadaan dadanya terbelah dan jantung(hati)nya dimamah. pengorbanan itu semua kerana mempertahankan agama yang suci ini. jika bukan kerana pengorbanan, perjuangan dan kasih sayangmu, apakah kami masih mampu menghayati dan menikmati keindahan agama ini? pengorbanan kami tidak sebesar mana, ya rasullullah. mungkin tidak pernah!

...yang membawa berita gembira dan yang membawa peringatan, tetapi kebanyakan mereka berpaling (daripadanya); maka mereka tidak (mahu) mendengarkan. (QS. 41:4)

maafkan kami ya kekasih Allah. kami tidak bersungguh-sungguh membelamu. kami hanya menzahirkan dengan lisan, itupun sangat sedikit kami berselawat keatasmu, ya rasullullah. apakah kami benar-benar ikhlas, dengan apa yang dituturkan; beriman kepada nabi/rasul? di hari kelahiranmu, kami mengisi dengan aktiviti yang kadangkala tidak menjurus untuk mengingatimu. ada ketikanya, kami terlupa hari itu adalah hari yang bermakna untukmu. ya habibullah, masihkah kau menganggap kami sebagai ummatmu? jangan biarkan kami berjalan bersendirian di padang masyhar nanti. pandanglah kami. pimpinlah tangan kami, ya habibullah...

"wahai Muhammad, engkau adalah utusan Allah dan penutup para nabi. Allah telah mengampuni dosamu yang lalu maupun yang akan datang. syafa'atilah kami kepada Rabb-mu, tidakkah kau lihat apa yang kami alami?"

lalu Nabi Muhammad SAW pergi menuju bawah 'Arsy. di sana beliau bersujud kepada Rabb, kemudian Allah membukakan kepadanya dari puji-pujian-Nya, dan indahnya pujian atas-Nya, sesuatu yang tidak pernah dibukakan kepada seorangpun sebelum Nabi Muhammad. kemudian Allah SWT berkata kepada Muhammad;

"wahai Muhammad, angkat kepalamu, mintalah, niscaya kau diberi, dan berilah syafa'at niscaya akan dikabulkan!"

maka Muhammad SAW mengangkat kepalanya dan berkata;

"ummatku wahai Rabb-ku, ummatku wahai Rabb-ku, ummatku wahai Rabb-ku!"

lalu disampaikan dari Allah kepadanya;

"wahai Muhammad, masukkan ke syurga di antara umatmu yang tanpa hisab dari pintu sebelah kanan dari sekian pintu syurga, dan mereka adalah ikut memiliki hak bersama dengan manusia yang lain pada selain pintu tersebut dari pintu-pintu syurga"
(source: bengkelrohani)

ya habibullah, terima kasih kerana mengajar kami. dirimulah yang paling mulia di sisi Allah.
....dan Kami tidak mengutuskan engkau melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (QS. 34:28)

sesungguhnya tarikh ini amat bermakna kepada berbillion umat Islam di seluruh dunia. 12 rabiul awal tahun gajah telah lahir nabi, penutup para nabi yag mengajarkan kami tentang-Mu, ya Allah. sesungguhnya Ehsan, Iman dan Islam menjadi pegangan kami; bukti cinta kami kepada-Mu dan juga rasul-Mu.

terima kasih ya Allah kerana menjadikan kami ummat Nabi Muhammad SAW, terima kasih. maha besar Engkau menciptakan manusia agung ketika dunia di dalam kegelapan, hidup dengan penuh kejahilan. kami bersujud di atas kebesaran dan anugerah yang Kau berikan. jadikanlah kami, umat Nabi Muhammad SAW yang bertakwa, supaya kelak kami dapat berjumpa dengan-Mu di syurga... amin3

ya habib, salam alaika

Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad...

Sunday, March 8, 2009

JB vs KL

arini (specific; pagi ye) ni sungguh nyaman, aman dan tenang driving kat kl. IHR kena pegi sekolah dewasa 3 hari. buat kat kawasan segitiga emas plak tu. distance dekat je, kurang 8km dari rumah. dalam dekat-dekat tu, petang semalam; waktu nak amek dia, petito stucked kat jalan 2 jam, okeyh! nasib IHR unfit to drive, kalo tak, bawak sendirik la mboong!
jadi pendapat petito mengatakan kebanyakan orang kl ni moody, betul kot???

mana satu weekday, mana satu weekend?

kalo kat jb, perjalanan 2 jam tu dah bole sampai batu pahat dan menikmati nasi beriyani power atau asam pedas sedap bangettt (betul, bukan effect lebeyh ni).
siap tido baring sambil amek gambar

diaorang kata jb, mahal! petito kata it depends... ;=)) kalo hantar cuci bas mini petito kat jb dalam rm12-rm13. kat kl rm15. makan nasi campur kat jb; nasi, ikan cencaru bakar, siput masak lomak cili api, sayur taugeh dan bergedel = dalam rm6. kat kl; nasi, ikan masak sambal, gulai ayam = rm6.50. kat kl pergi hypermarket macam giant tu, kata tagnya: peneraju harga terendah setiap hari. walhal bila petito beli barang kat bangsar village grocers, certain items lebih murah dah fresh. giant cuma bagitau produk; brand dia yang murah, commercial brand yang mahal tu tak reveal pun! checked: kao attack colors kat giant rm16.99, kat village grocers rm13.99. cat litter 5liter kat giant rm13.50, kat village grocers 10liter rm20.50. oh! petito suka village grocers. dulu waktu memula pindah, petito ingat supermarket ni mesti untuk high-end je, tapi rupanya kat sini bole dapat tempoyak, belacan bungkus plastik merah macam yang banyak jual kat tepi jalan lepas tol alor gajah, limau purut, sayur kampung - ulam-ulam, cili padi ori (tekak philadelphia susah nak terima cili thai itu), daun pisang, tapai dan bagai la... kat giant pun kadang susah nak dapat benda-benda ni wehhh. balanced products local and international. tu blom masuk bab cereals dan cheese kat shelf tu... mamma mia! harap kat jb nanti ada la decent supermarket yang macam kat village grocers. sebenarnya takde sesape bole claim peneraju harga terendah atau paling best...cittt!

satu bas mini memerlukan 4-5 orang untuk membasuhnya

kat rumah jb, kawan-kawan selalu datang. lepak-lepak, makan-makan, minum-minum: ribena, oren, sunquick dan durian belanda okeyh. tag standard: "mummy, nak datang rumah, bole? tak payah susah-susah, goreng apa yang patut je, eerrmm... chicken wings ngan nuggets okey gak. setengah jam lagi kitaorang sampai..." hahahaha, tapi petito dan IHR suka! meriah rumah sebab nanti bole menonjol beramai-ramai. tapi benda tu kena tinggal kat jb. takde tempat nak letak kat rumah kl.

masing-masing tengah tunggu turn je tu...
kat kl rasa sunyi sket. mungkin kawan-kawan kat sini busy. tapi kl best aper. kat sini banyak sangat opportunities. kat kl banyak sumur emas. ada ikea - jb takde! ;=)). kat sini ada theobroma, fondue dan drinks kat theobroma sangatlah berdosa, okeyh. tij, bilo ko nak datang naik komuter nokkk??? kau taknak re-sit exam mo tic ko?

pagi-pagi minggu korang duk shooting depan rumah petito. kalau weekdays, confirm korang kena baling dengan telur tembelang (telur busuk, kata orang kl). menyumbang kesesakan lalu-lintas

macha part-timer bancuh teh ais untuk production crew. dalam lori dia ada coffee maker canggih!

korang yang suka membelakangi kamera

hahhhh... kat kl, diaorang shooting filem depan rumah petito. kat jb, takde! hihihi. ala-ala kat obersee konon, sebab no plate keta dalam shooting tu semua pakai no plate obersee. keta pun pakai yang bertajuk peugeot, ford dan sewaktu dengannya. oh! rumah petito ni tercongok di celah-celah bangunan pejabat.

arini petito jadi melang-kholik plak. mungkin dah tiba masa untuk jenguk kampung petito kek philadelphia... uuuaarrggghhh (mari sambung tido).

Saturday, March 7, 2009

march's pool, wanna bet?

jangan terperdaya. tajuk di atas takde kena-mengena pun dengan n3 arini.
ada sesape kat sini jadi candidates untuk piliharaya kecil dua DUN itu? wahhh... macam le blog petito jadi sumber rujukan ahli politik ye. statement fav: pokok kek den la... kan3.

tij, ko musti suka petito pakai oven bertajuk samsung, kan?

DUN batang ai - issskkkhhh what a name, kan? orang dulo2 ke-kreatif-an tahap gaban, tul.

"you asal mana?"

"batang ai. you pulak?"

"i, batang berjuntai"

petito!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

a-DUN-kan kesemuanya tanpa minyak, okeyh

batang ai tak diperlukan, batang kayu manis je...

tapi pagi ni, waktu petito sunbathing kat swimming pool (effect lebeyh plak), petito teringat resepi yang baru petito cuba.

haaa... sesuai dimakan pada musim piliharaya

yang musykilnya, apasal diaorang panggil ni kacang pool? diaorang makan ni sambil main pool ke? atau sambil bersantai-santai di tepian swimming pool? dan takde kaitan langsung dengan barangan elektrik jenama whirpool, okeyh.


oh! kacang foul okeyh!!! tok-nyang kita dulu agak eh susah nak sebut foul medammas...foul...foul. apo payah na ni??? pool yo la, sonang... abih cito!!!
p/s: kacang pool mudah didapati di johor bahru. korang jangan plak sesaje pi pasar malam kat philadelphia minta benda ni... confirm dijawab dengan foul-words, okeyh!

Friday, March 6, 2009

Ooo... baru petito tau!

hah!!! rupa-rupanya ada silent readers yang tanya kat petito pasal said. oh! ada secret admire ye? oh tidak!!! petito tak bertanggungjawab kalo korang kena confront dengan 'kaklong', okeyh!

takpe la, hari ni kita cerita pasal kawan-kawan petito lagi especially said, okeyh... kalo boring, skip je n3 ni. bak kata tij "pokok eh, pokok kek den la..." petito suka statement ko nokk. pokok kek den la nak cito sapo-sapo, kan3. ko sungguh hillary klintong, nokkk!


said bersama gurubesarnya

buat tatapan korang yang nak tengok gambar said. ala-ala posing red carpet gitu!!! gambar ni bukanlah gambar ketika dia jadi pengapit pengantin walaupun diaa sering dapat offer job tu.

buat kawan-kawan yang lain, nanti petito masukkan gambar korang plak, eh? bukan double-standard mahupun double-boiler, tapi kali ni atas permintaan. kang sumo nak lotak skali dalam n3, tak muek plak. petito tetap sayang korang, okeyh.

tij, tic... suci betul korang, kan???

Thursday, March 5, 2009

mana petito???

adakah petito di dalam air atau di celah-celah kenderaan ini???

petito demam cikgu. dia main hujan banyak sangat waktu banjir kilat semalam. dengar cerita selipar favourite dia hanyut cikgu.
mohon doanya ya?
hari ni mungkin tak sempat nak update n3 cikgu. petito masih berehat selepas seharian cari selipar favourites dia tak jumpa...

Tuesday, March 3, 2009

men in white...

jumaat lepas petito kat jb, mission untuk nasi rawon tu berjaya okeyh... ;P

misi yang berjaya dengan jayanya

tapi kali ni petito nak sangat pergi office Syarikat Amal Jariah (SAJ), the place that we (me, IHR & you???) used to work. but anyway, IHR is still under employment of that Company. KL is just secondment, and we are looking forward to going back to Johor Bahru... yeeeehaaa!!! we mean it!

petito jumpa kawan-kawan lama kat sana. rindu nyer wehhh... we just like a family. i have been working in financial industry, utilities and MNC (by choice... muahahaha). utilities (referring to Thames & Syarikat Amal Jariah - serious okeyh, the Company has sent two portable water treatment 'plant's to Aceh -> to process raw water to become potable water after tsunami) are the best! never had such wonderful environment, although the pay was not that huge but we were happy then.

petito still keep the uniform budak sekolah at jb's home (should have taken the photo!). IHR too. we used to call him Guru Besar for some reasons. uniform ni wajib pakai hari isnin for execs, hari lain suka hati le nak pakai ke tak. most of friends are still attached to SAJ, except few of them i.e: petito and matt zai. matt zai has been transferred to KL's office but later resigned and joined big organisation. petito met him somewhere last week in kl. kami buka cerita dulo-dulo, cerita kawan-kawan lama, cerita geng kotak merah, memang best years in life.
antara geng wajib jumpa a.k.a kacau kat SAJ; said! excited jumpa kawan-kawan lama sampai terlupa nak amek gambor (aper la petito ni, kan. camner nak jadi blogger tegar? ;P). sempat sembang-sembang, makan-makan & minum (a must in itenerary). tak sempat jumpa 'mak', I.S.A, nashwa, blablabla hari tu. petito cuba cari gambor lama-lama, ini je yang petito jumpa.... muahahaha.

IHR dan geng bas sekolah ;=))

said yang tepi sekali, okeyh. married and available muahahaha
staff IHR kat HR department (IHR: i human resources... hahaha) memang best! really miss them, namely; kmie, sharina, zaty, kak su, noq a.k.a fareast, norshah dan sewaktu dengannya. work together+gaduh+makan+kotakmerah+drivingrange+gossip+blablabla=us!!! nasib korang le baca n3 ni (baca ke? jumpe ke? tau ke petito ada blog? hahaha!!!)

preggy lady dan macam preggy lady ;=))

keadaan seorang staff HR yang kehilangan bosnya...

kalo ada kawan-kawan kat Syarikat Amal Jariah baca n3 ni, petito & IHR berterima kasih sangat to uols. mohon doanya supaya kami balik jb dan love ya!

Sunday, March 1, 2009

growing child...


bukan senang jadi mak, kan??? especially dalam keadaan global warming dan economic crisis. kena pandai cari solution dan creative thinking. for instance; nak hantar anak pergi sekolah agama ke, atau intensive home tuition? nak beli foundation m.a.c ke, atau nak beli pencil case anak? hihihihi...

apapun kita kena tolerate dengan growing, grown @ over-grown child. katanya; ni toys untuk semua orang dalam rumah...huh??? alahai...petito nak handbag nine west, tak kira!!! nak jugak toy untuk mummy!!!

takde pun birbir yang beria-ia kat sini... eeerrmmm, alasan!!!!